• Research Cluster Office
  • researchcluster@um.edu.my
  • +603-79677802 / 7809 / 7804
logo
logo

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi telah mengumumkan penawaran geran Program Penyelidikan Translasional 2024. Satu sesi taklimat secara dalam talian telah diadakan pada 23 Januari 2024 (Selasa). Lanjutan daripada sesi ini, telah diputuskan bahawa tema Universiti Malaya bagi program ini adalah Alam Sekitar. Rakaman sesi taklimat ini boleh diakses di pautan Sesi Taklimat Program Penyelidikan Translasional 2024.

Pemohon yang berminat dikehendaki melengkapkan maklumat melalui pautan Expression of Interest (EOI) : Program Penyelidikan Translasional 2024 sebelum 12:00 tengahari, 22 Mac 2024 (Jumaat).

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, boleh menghubungi Puan Valerie (emel: navalcas@um.edu.my) dan salinan karbon ke emel Pejabat Kluster Penyelidikan (emel: researchcluster@um.edu.my)

Last Update: 15/03/2024